//icon page//

Photobucket
Sila berkunjung ke blog baru saya..


http://setajam-al-qadib.blogspot.com

Tuesday, June 24, 2008

ADAM...Mengertilah

Saya telah terjumpa luahan hati ini dari page sahabat saya di friendster..menarik juga....

Adam,mengertilah…
Hawa bukanlah insan yang kuat..
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas…
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah…

sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia…
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan…
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yang serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah…


Hawa ini berjiwa lembut…
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta…
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat…
namun, Hawa lemah…
Hawa takut zina hati…

Adam,mengertilah…


setiap kali ’sms’ diterima..
Hawa keliru…
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat…
Hawa tewas…
Hawa reply juga…
mengenangkan Adam adalah sahabat….

Adam,mengertilah…

setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yang Hawa berikan..

Adam,mengertilah…


Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah ‘couple’ yang Hawa pinta…
tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jangnn dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya…

Adam,mengertilah…


~Hawa adalah suatu nama yang sungguh unik, di padankan dengan Adam, ya Hawa milik Adam, telah Allah ciptakan Hawa untuk mengisi kekosongan hati Adam, Hawa Adam pasti akan bertemu di syurga abadi~
di sini kita bertemu....


Free Counters

Free Counter

Read More......

Ciri-Ciri CaLon.........





Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.

Read More......

Sunday, June 22, 2008

Apa salahnya mereka duduk semeja?


Tadi saya telah terbaca artikel di dalam Mingguan Malaysia mengenai pendapat Dr Asri....
anda boleh lihat melalui link di bawah ( copy dan paste kan )

http://drmaza.com/?p=333#more-333

memang benar apa yang dikatakannya...mengapa mereka boleh duduk semeja dengan golongan yang bukan satu bangsa dengan mereka, bergurau senda, meraikan majlis bersama, tetapi dengan golongan yang satu bangsa, satu agama, satu negara...tak boleh ?? Pelik bin ajaib sungguh..." pemikiran mereka tak sama dengan kita .." , " Mereka mengamalkan rasuah..."

saya mahu anda semua berfikir, jika itu alasan mereka, adakah anda yakin golongan bukan Islam itu mempunyai matlamat yang sama ?? contoh, ada 2 parti..1 mengikut acuan agama dan 1 ingin menegakkan hak kebebasan . Jika hak kebebasan telah tercapai, adakah mereka akan mengikut acuan parti yang berlandaskan agama itu ???

Berbincanglah atas semangat ikatan persaudaraan sesama Islam. Saya amat mengagumi keempat-empat tokoh tersebut. Mahathir dengan pemikiran ke arah kemajuan negara, Anwar memperjuangkan hak-hak rakyat, Pak Lah sekurang-kurangnya cuba untuk 'mengislamkan ' UMNO dan Tuan Guru Nik Aziz yang disegani dan merupakan salah seorang ulama' tersohor di negara ini.

Islam di Malaysia takkan tertegak dengan jayanya tanpa mesyuarat dan perancangan.
Lupakan semangat kepartian, kerna parti politik itu sendiri boleh berkubur dan boleh lahir semula.bersatulah wahai pemimpin-pemimpin ku.....kami golongan pemuda pemudi amat menantikannya.....

Read More......

Kembalilah........

EURO 2008 - Belanda, Portugal dan Crotia telah terkeluar...saingan nampaknya makin sengit. Saya tertidur seketika ketika mahu menyiapkan post ini...kerana agak kecewa...kerna apa ?? Melihat perubahan-perubahan rakan - rakan saya yang tidak sama dengan slogan UMNO- Dulu, kini dan selamanya.

Rata-rata memang banyak dah berubah. Rambut yang tersisir rapi berubah ke arah langit,Baju sendiri kepada meminjam baju adik, 'mahkota' yang tersimpan sekian lama kini dibiarkan tanpa penjagaan yang ketat akibat iman yang luntur. Diri ini ???hmm ...juga semakin tersimpang jauh...

" yela, sekarang kan dah ade trend baru..." cetus hatinya. Agak kecewa kerna ku sangka 'emas' itu tersimpan dengan selamat dalam tangan mereka, rupa-rupanya tidak.Hmmm...ape nak buat...

dapat ku rasakan beban dosaku semakin berat. kerna selama ada yang 2 tahun, ada yang 5 tahun...ade yang 3 tahun...diri ini gagal membantu mereka walaupun telah digalaskan tanggungjawab tersebut di bahuku untuk dilunaskan.
" Ya Allah, aku memohon kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa rakan-rakanku... Aku telah gagal mendidik mereka ya Allah, Kau telah amanahkan kepadaku amanah itu, namun aku gagal ya Allah....aku gagal...aku memandang mudah tugas-tugas seperti ini ya Allah..kau berilah kesedaran kepada mereka........untuk kembali ke jalan Allah...ke jalan yang di redhai..

Read More......

Friday, June 20, 2008

Akan Ku Serah Cinta ini.........

Lagu ini dimuatkan ke dalam blog ini kerana akhir-akhir ini, saya dihentam bertubi-tubi dengan soalan berkaitan dengan perkara ini.Diserang dengan mengatakan saya menghabiskan begitu banyak masa untuk bersama si manusia 'ciptaan' fikiran mereka itu. Dan inilah jawapan dari saya...

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini




Inteam - Ku Serah Cinta.mp3



Search and Listen Mp3 Music Code at CodeLagu.Com







lagu yang amat bermakna sekali.......kerana memang benar, kita sebagai hamba memang patut menyerahkan sepenuh cinta kita kepada Nya, bukan kepadanya.
Kita memang sedia tahu, bercinta itu amat penat. Ini kerana yang pertama, kita terpaksa mengisi masa lapang kita dengan si dia. dan kebanyakan cinta manusia ini bersalut dengan kepuraan dan kepalsuan. Hanya indah di mata sahaja walhal yang sebaliknya.Sedih, harus dipujuk. merajuk, harus digembirakan.hahaha..kadang kadang seperti kata-kata ini memakan diri sendiri.
Malah, kesediaanya untuk hidup dalam terbuang itu boleh didefinisikan sebagai ganjil dan dipandang serong oleh banyak pihak.

Segalanya sebenarnya terletak di tangan anda. Anda yang memilih hala tuju hidup anda.........

Read More......

Menipu, Tertipu dan Ditipu ??!!!!


Menipu, Tertipu dan ditipu... 3 perkataan yang berbeza tetapi mempunyai sedikit persamaan.
iaitu ia melibatkan 2 pihak, Pelaku 'aktiviti' dan mangsanya.

Dulu kita menipu......Seronok menipu orang, betul tak ?? ye la, kita dah berjaya permainkan orang lain. Kita bergelak ketawa melihat mangsa kita ditipu.Sedangkan dia dok haru biru fikir pasal apa yang kita perkatakan.Sampaikan ada yang tertanya-tanya " kenapa jadi macam tu ? " "kesianlah kat diri, tak sayang diri sendiri ker ??? " dan berbagai lagi.

Dan harus diingat, Allah itu Maha Adil......

Setelah kita berjaya menipu, kita akan tertipu. Ya, diri yang hina ini telah tertipu semasa satu mesyuarat diadakan. Kononnya akan dikeluarkan dari kolej, rupa-rupanya hanyalah satu gimik untuk meraikan hari jadi di kalangan AJK yang lahir dari bulan April-Jun. Mujurlah Rahim menyedarkan diriku. Kiranya aku taklah tertipu sangat.Tambah lagi dengan perkataan " koman " mengikut loghat utara....aku tertipu dengan gelak tawa mereka.......

Ditipu ???hmmm... pedih, memang pedih.Lebih lebih lagi bila bukti yang menunjukkan kita ditipu itu berlaku di depan mata sendiri. Hati dan jiwa resah dan gelisah,mujurlah ku tenangkan diri ini di rumah Allah.
Lega sedikit hati yang luka.Ku bersangka baik, " ada sebab aku ditipu. Mungkin Allah nak menyelamatkan diriku ini ". Tapi, satu tabiat yang masih sukar untuk ku lakukan, iaitu apabila diri ini ditipu, dipermainkan, amat sukar diri ini untuk kembali kepada keadaan asal. Dendam ??? tak, aku tak ingin untuk berdendam, tetapi cukuplah sekadar aku tidak lagi menjadikan orang sedemikian sebagai pendokong diri ini.............

Read More......

Bersabarlah...ada hikmah di sebaliknya...

Alangkah kecewanya hati bila dikhabarkan bahawa program From Soyuz To Semarak ( FSS) terpaksa ditukar. Setelah segala penat lelah AJK-AJK di bawah program ini bertungkus lumus akhirnya menemui kegagalan. Terdetik dihati ingin membatalkan segala-galanya.

Bayangkanlah, ada yang telah ke Putrajaya untuk menghantar surat jemputan.Ada yang ke Bangi untuk mendapatkan penajaan. Biro Multimedia telahpun menyiapkan banner, poster, montaj.

Mungkin inilah dikatakan hukum Tuhan. Orang yang glamour, berprofil, memang payah untuk bertemu. Sedangkan pihak AJK program telah menghantar surat jemputan itu lebih awal rasanya.Untuk bersangka baik, setiausahaku menghantar SMS kepadaku ; " Mungkin program yang clash ngan kite nye ni diorang dah hantar lebih awal . "mungkin ada benar di sebaliknya.....

Moga - moga program REOTARS yang menjadi pengganti kepada FSS dapat berjalan dengan lancar. Insya Allah.

Read More......

Susah nak Cari Muslimah Yang Tak Gune nih...

petikan dari www.iluvislam.com

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.

Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut...............



copy url dibawah untuk baca selanjutnya
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1053







Ulasan :

Susahkan nak cari muslimah macam tu ?? Zaman sekarang ni, kalau ade lar,,huhu.. beruntung bakal si suaminya.kadang-kala terfikir juga, kita ni tak sempurna..so, xyah la carik yang baik sangat...
tapi hakikatnya, semuanya ingin yang baik-baik.....
hmmm...
berdoalah selalu moga Allah temukan dengan seseorang yang benar-benar bertaqwa yang menjadi teman sejati di sisi.


Wallahualam.

Read More......

Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya

alau dibanding antara Islam yang ada di bumi umat Islam dan Islam yang berada di bumi orang bukan Islam majoritinya seperti di sebahagian negara Eropah, kita akan dapat lihat seolah-olah Islam memang wujud dalam segenap aspek kehidupan seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya yang dipatuhi undang-undang dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah mereka yang bukan beragama Islam.

Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam khususnya di timur tengah, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara Islam telah lama mati angkara pemerintah yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melihat Islam itu memerintah negara.

Segala ideologi dan pemikiran Barat dijadikan rujukan utama negara, dan memperjuangkannya sampai ke peringkat akar umbi. Hal ini begitu ketara sehingga aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak dipadankan dengan tuntutan agama Islam.

Umat Islam hari ini amat berbangga dengan menonjolkan identiti diri dengan kehidupan ala barat dalam segenap aktiviti hidup mereka.

Pengasingan cara hidup orang Islam daripada Islam adalah salah satu faktor lahirnya insan-insan yang sumbang gerak-lakunya , ini adalah kerana pengajaran Islam bukanlah menjadi faktor utama hidup mereka.

Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya.

Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT.

Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya.

Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain. ~menyerupai lelaki itu haram~

Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya.

Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat.

Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada "dress code" para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.

Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun.

Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka.

Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dengan segala kesungguhan, pasti bumi yang dipijak ini akan menaungi manusia dengan hukuman yang seadil-adilnya

ulasan :

tepat sekali. Islam akan runtuh disebabkan akhlak umatnya. Dan Islam akan bangkit semula juga disebabkan kemuliaan akhlak umatnya. Ingatkah kita apakah faktor utama runtuhnya kerajaan Umaiyah kepada Abbasiyah, runtuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada pemerintahan sekular barat.

Melihat situasi di Malaysia, saya merasakan bahawa keadaan sekarang bagaikan berperang. Satu pihak mendokong perjuangan Islam, manakala satu lagi turut mendokong perjuangan Islam namun hanyalah di atas nama sahaja.

Lihatlah kes Lina Joy, isu pembotakan kepala Sharifah Amani, Asyraf Sinclair dengan 'hati terbuka' bercium dengan wanita yang bukan mahramnya di negara luar. Ulama dan para mufti bersuara, namun suara mereka bagaikan mereka berada di dalam sebuah bilik yang tiada jalan keluar. Tiada siapa yang mendengar suara mereka.

Kita sendiri dapat melihat bahawa disebabkan akhlak umat Islam kini, mereka yang bukan Islam mula menjauhkan diri. Mula untuk merendah-rendahkan Islam. Bicara soal hudud, golongan bukan Islam akan menentang sehabis habisannya. ini kerana umat Islam sendiri tidak benar-benar menguasainya. Isu penolakan Karpal Singh terhadap pelawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Kelantan mendedahkan segala-galanya.

Dan ingatlah, para pemimpin yang diberi amanah oleh Allah untuk menjaga kebajikan rakyat haruslah memegang amanah itu seperti mana mereka menjaga sejumlah wang 1 juta. Pimpinan yang baiklah yang akan memaju kejayaan negara ke arah syurga.

Read More......

KeteNangan...Kedamaian.....


Kadang kala sesuatu yang kita inginkan tak semestinya kita dapat.
kadang kala kita terpaksa berkorban untuk mendapatkan sesuatu.
Tapi, anggaplah itu semua satu dugaan dari tuhan.
Sedih...memang sedih...tapi nak bwat camne ???
sabar...
ingatlah..inilah dugaan Tuhan kepada kita sebenarnya...
amat sukar namun itulah hakikat..
janganlah sesekali bersangka buruk terhadap Allah..
mungkin ada sebab kita tak diizinkan Allah untuk memperolehinya..
mungkin sebagai peringatan kepada kita yang sering lalai...
mungkin juga sebagai 'bayaran' atas segala dosa kita...
tabahlah....

Read More......

isTerI sOLeHah peRhiasAn paLing meMbAgIaKAn..



SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Neraka pula rumah tangga yang hancur, suami isteri saling menyalahi, curiga, tidak saling mencintai dan jauh daripada rasa sakinah mawaddah dan rahmah.

Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah yang akan menjadikan rumah kita bagaikan syurga - baiti jannati.

Sejak perkahwinan sampailah ke akhir hayat, insya-Allah, isteri akan menjadi sahabat terbaik suami.

Dengannyalah suami berkongsi suka, duka, impian, harapan dan juga kecemasan. Ketika sakit, dialah yang akan merawat. Ketika memerlukan pertolongan, dia akan melakukan apa saja untuk suami.

Ketika berkongsi rahsia, dia akan menjaga rahsia itu dengan amanah. Ketika perlu nasihat, dia akan memberikan nasihat terbaik.


Dia juga akan selalu bersama suami. Ketika terbangun pada waktu pagi yang pertama suami lihat adalah isterinya. Dia selalu memikir dan berdoa untuk kebaikan suami dengan sepenuh hati dan suami ada dalam fikiran, doa dan hatinya.


Ketika tidur di malam hari, perkara terakhir yang suami lihat adalah dia. Suami dunianya dan dialah dunia suami.

Sebenarnya, hubungan antara suami isteri penuh dengan hal mengagumkan. Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata betapa rasa cinta, kasih sayang, keintiman, kedamaian serta kesejukan yang mengisi hati pasangan itu.

Penjelasan rasional semua itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t dan atas kehendak-Nya. Allah mengingatkan manusia yang mencari kewujudan-Nya bahawa satu daripada tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menjadikan rasa kasih dan sayang.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-ben
ar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar Rum: Ayat 21)

Tetapi hati manusia bukan statik. Ia sangat dinamis. Perasaan dapat berubah setiap waktu. Cinta pun boleh terbang dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik.

Rumah tangga tidak dapat dijamin sentiasa bahagia. Perlu usaha daripada kedua pihak untuk saling memelihara rasa kasih dan sayang. Ibarat sebuah pohon, tanahnya perlu dirawat, dijaga dan dipupuk.

Bagi suami, mereka hidup dalam persekitaran sibuk dan melelahkan serta dikelilingi pelbagai ta
nggungjawab. Ada ketikanya dia tidak dapat meluangkan waktu bersama isteri dan terpaksa bersendirian dalam kesibukan kerja dan komitmen tugas.

Suami perlu pastikan keadaan itu tidak terjadi terus menerus. Cubalah sesekali luangkan waktu untuk melakukan kegiatan secara bersama dengan isteri anda.

Rasulullah pernah meluangkan waktunya untuk berlumba lari dengan Aisyah r.a.

Justeru, berjalanlah dengan isteri beriringan. Lakukan aktiviti bersama, mengunjungi teman bersama, berkelah bersama atau membeli-belah bersama.

Selalulah menjaga kemesraan dalam perhubungan. Kehidupan moden hampir mengubah kita menjadi robot atau mesin teknologi tinggi tanpa emosi.

Menunjukkan emosi dan perasaan yang dirasakan adalah perlu untuk menjaga ikatan perkahwinan daripada menjadi berkarat.

Jangan meremehkan hal penting yang nampak kecil seperti memberi isteri wang perbelanjaan, memicit bahunya atau membukakan pintu kereta dan sebagainya.

Ingatlah Rasulullah pernah menyediakan kakinya untuk membantu isteri naik ke atas unta.

Usahakanlah untuk menyediakan waktu solat berjamaah dengan isteri. Memperkuatkan hubungan dengan Allah adalah jaminan terbaik agar perkahwinan sentiasa kukuh.

Rasulullah memberi sanjungan sangat tinggi bagi pasangan bangun malam untuk solat bersama atau masing-masing membangunkan pasangan untuk solat sekalipun dengan memercikkan air di muka.

Lakukan usaha terbaik untuk isteri dengan kata-kata dan perbuatan.

Berbicaralah kepadanya dengan baik. Senyum dan minta nasihatnya. Mintalah pendapatnya dan luangkan waktu berkualiti dengannya dan selalu ingat Rasulullah bersabda: “Yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik memperlakukan isterinya.”

Pasangan yang berjanji untuk saling mencintai dan menghormati sampai akhir hayat adalah sangat baik.

Tetapi hal ini tidak cukup. Suami harus mencintai apa yang dicintai isteri seperti keluarganya dan hal yang dia cintai harus menjadi kecintaan suami pula.

Rasulullah mencintai Khadijah, isterinya menemani baginda selama 25 tahun. Baginda terus menerus mencintai Khadijah dan mengingatnya.

Selepas kematian Khadijah beberapa tahun kemudian, Rasulullah tidak pernah melupakannya, bahkan sanak saudara dan teman Khadijah baginda utamakan yang kadang-kala membuat Aisyah cemburu.

Cintailah isteri tidak hanya sampai dia meninggal dunia tetapi tanamkan hasrat mahu terus bersamanya di akhirat kelak, insya-Allah

Read More......

Monday, June 16, 2008

dakwah dan study BUKAN SEPERTI JONGKANG-JONGKIT

petikan dari http://kamalzharif.kamaludin.net

Lia, jomlah pergi usrah

Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal mengikuti semua itu

Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah
ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah t
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?


Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya....

ikuti selanjutnya di

http://kamalzharif.kamaludin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=61&Itemid=106



Terima kasih diucapkan kepada penulis..
barulah hati ini faham mengenai dakwah yang dituntut..
sering kali diseru oleh abang-abang senior untuk bersama-sama dalam perjuangan..
namun hati seringkali berat untuk mengikhlaskan hati..

kini, diri ini semakin bersedia untuk menempuh semua itu..
Takbir ALLAHUAKBAR......

Read More......