//icon page//

Photobucket
Sila berkunjung ke blog baru saya..


http://setajam-al-qadib.blogspot.com

Wednesday, July 30, 2008

Terbukti Tuduhan Tipu...........



KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin tuduhan liwat ke atasnya sudah berakhir dengan pendedahan laporan doktor Pusrawi yang membuktikan tiada kesan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan. Iklan



Beliau berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi yang disebar meluas menerusi portal berita semalam membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Anwar dalam sidang media di ibu pejabat KeADILan berkata, beliau sekali lagi dimomokkan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional kerana melengahkan penyiasatan dan cuba untuk menutup bahan bukti yang paling penting iaitu maklumagt dari doktor pertama yang ditemui oleh Saiful.

Anwar juga enggan memberi DNA kepada polis atas nasihat dan rujukan daripada Presiden Maljlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan yang menegaskan kewibawaan sistem kehakiman terus digugat begitu juga golongan profesional iaitu doktor dan peguam.

"Ini ada kaitan juga dengan keterangan yang saya kemukakan kepada polis yang mengaitkan penglibatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Peguam Negara Ghani Patail dalam percubaan memadamkan maklumat sejak tahun 1998 dan 1999," katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga meminta pihak berkuasa supaya menjaga keselamatan doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful terjamin agar mereka tidak terdedah dengan apa-apa bahaya atau dihilangkan sepetimana yang dihebohkan sebelum ini.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.





Anwar yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

"Saya rasa ini sudah berakhir kerana saya ada urusan yang lebih penting untuk bersama rakyat terutama dalam pilihan raya kecil Parlimen Kulim-Bandar Baru, saya akan tumpukan kepada bahagian agenda pertumbuhan ekonomi dan pembelaan nasib rakyat," katanya.

Kini, Anwar akan menumpukan kepada masalah negara dan menggesa kerajaan supaya meninggalkan cara yang tidak profesional iaitu dendam dan politik kotor demi menghukum musuh politik.

Turut sama dalam sidang media, Peguam Sulaiman Abdullah iaitu peguam kanan yang akan memimpin pasukan peguambela seandainya kes ini diteruskan.

Beberapa pimpinan dari PAS turut serta iaitu Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali.

Dalam sidang media itu, KeADILan turut mengedarkan laporan pemeriksaan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam.

Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebelum membuat laporan polis, Mohd. Saiful telah mengunjungi Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak dan kemudian Hospital Kuala Lumpur. - mks. _

Read More......

Kurang Sihat,Terpaksa Tunda Kuiz.......

Hari terbuka Kolej Sedang berlangsung. alhamdulillah, walaupun tidak begitu meriah, namun kehadiran para pengunjung pada hari pertama boleh dikatakan menggalakkan.Di tambah pula dengan Malam Perasmiannya, menarik juga. "nak gi nikah ke ?" itulah ungkapan yang letih untuk didengari oleh saya pada malam tersebut. Segak berbaju melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok, jelas menjadikan saya buah mulut sesetengah sahabat.

Pedulikan semua.Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada permasalahan biasa,namun biasalah.Pulang dari dewan,singgah sebentar di studio arkitek..tertidur seketika.

Sejurus tiba di bilik, masing-masing dalam keadaan keletihan. Assignment Techno masih belum sempurna. Esok ada Kuiz...Argh....pening hingga tertidur........

Pagi keesokannya, bangun dalam keadaan yang berat sangat. kepala pening,hingga terpaksa membatalkan niat untuk menjaga pameran pada pagi itu.Namun, masih menggagahkan diri untuk menyiapkan tugasan dan bersedia untuk kuiz. Namun, perancangan Allah itu lebih baik. Dalam pukul 11.00 pagi, kerna risau keadaan akan bertambah serius,maka terus bergegas ke arah klinik dan mendapatkan ubat dan MC...

Petang tersebut dipenuhi dengan merehatkan diri.Ketidak sihatan ini telahpun dimaklumkan kepada semua pensyarah melalui bantuan seorang sahabat,Iman, Presiden Kelab Aero.....


Namun, pada sebelah malamnya,keadaan menjadi sedikit pulih, maka terus berjuang untuk menghadirkan diri untuk kelas Mekanik Pepejal...

Semoga hari ini, Allah mengurniakan ke atas diri setiap insan kerahmatan di atas Malam Israk Mikraj..
Amin..........

Read More......

Tuesday, July 22, 2008

Yang Tinggal....Hanya yang tabah

Seorang demi seorang sahabat-sahabatku gugur di medan perjuangan.Medan perjuangan permainan syaitan.Isu yang paling hangat bermain di hati jiwa muda mudi sekarang. Hidup berpasang-pasangan yang diimpikan seolah-olah semakin berleluasa.

Apa, adakah semua yang hidup berpasangan dari awal ini akan berkekalan ??? Sahabat sekalian, tidak dinafikan untuk kita perlu berkenalan, tetapi ingatlah, perkenalan yang terlalu lama saban hari boleh memuakkan diri.

Saya memberi contoh seorang yang suka pada seorang gadis ini. Disebabkan mereka suka sama suka, maka mereka tinggal serumah dan sebilik. Sedangkan belum berkahwin. Dan saya memberi tempoh 3 tahun sahaja, pastinya masing-masing bosan kerana sekiranya mereka teruskan perhubungan itu, pastinya tidak ada apa lagi yang perlu disentuh.Lebih - lebih lagi apabila tiadanya ikatan yang sah.

Yang kesiannya, pastinya pada si gadis itu. Kaum hawa, lemah sekali . Adanya yang kuat, tetapi kebanyakannya gagal untuk menanganinya secara baik.


Sahabat-sahabatku sekalian, cintailah Allah melebihi segalanya.Sahabat sekalian, aku merayu pada kamu semua untuk kembali kepada cinta Allah.

Read More......

Saturday, July 19, 2008

Program Kemerdekaan.........

Alhamdulillah, petang semalam telah diadakan meeting JAP...banyak isu yang telah dibincangkan yang lebih tertumpu kepada program yang akan dilakukan untuk sem ini. bersuara bukan bertujuan untuk menentang, tetapi sekadar untuk memastikan pak pak MT harus sedar keadaan yang berlaku sekarang.

namun, tak mengapalah. Yang penting, hasrat di hati telah disuarakan.Pastinya satu perkara yang kini terus bermain di fikiran saya ialah mengenai program kemerdekaan yang telahpun tak diundang menjadi 'milik'saya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Boleh tahan....nampaknya saya terpaksa mengerah kembali keringat untuk menjayakan program ini..
Bersabarlah....

Read More......

Thursday, July 17, 2008

ANWAR diTAHAN.........

KUALA LUMPUR, 16HB JULAI, 2008 3.30 PM

Petang ini jam 1.05 petang Anwar Ibrahim, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ditahan di luar rumah beliau di Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang berasaskan perjanjian yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah ke rumah beliau selepas memberi kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya. Laporan tersebut berkaitan pemalsuan serta penyembunyian bukti-bukti kes oleh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Gani Patail pada tahun 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Beliau diiringi para peguam, staf dan pasukan keselamatan.

Pasukan polis yang disertai 10 buah kereta, separuh darinya tidak dapat dikenali, telah memaksa rombongan Datuk Seri Anwar untuk berhenti sejurus mereka memasuki persimpangan Bukit Segambut. Pasukan polis ini juga terdiri dari Unit Tindakan Khas yang berjumlah 20 orang bertopeng, mengingatkan kita kepada peristiwa tahun 1998.

Seorang pegawai terus mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta beliau turun untuk menaiki kenderaan yang disediakan polis ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur( IPK KL). Para peguam beliau tidak dibenarkan untuk bersama dalam satu kenderaan menuju ke IPK KL.

Penangkapan ini terjadi kurang dari 15 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat julung kalinya secara siaran langsung di Televisyen Malaysia semenjak tahun 1998. Beliau mengumumkan kepada para penonton akan hasratnya untuk bertanding pilihanraya kecil dan selepas berjaya membentuk kerajaan baru, akan menurunkan harga minyak petrol tempatan sebanyak 50 sen.

Majoriti rakyat Malaysia gembira dan menyatakan sokongan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siaran tersebut.Insiden penangkapan ini mengejutkan serta menunjukkan segala episod yang berlaku bagaikan satu ulangan tindakan yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Minggu-minggu kebelakangan ini menyaksikan media arus perdana yang dimiliki kerajaan mulai menabur fitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kakitangan beliau diganggu dan kita menyaksikan satu konspirasi telah bermula untuk merencatkan perubahan politik yang kian hampir. Rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa walau dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mesti berpegang pada janji untuk memastikan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami berjaya berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau meminta para penyokong dan rakyat Malaysia untuk tetap bertenang supaya tidak ada alasan bagi pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. Oleh itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia dan para penyokong menolak sebarang bentuk provokasi.

Read More......

Tuesday, July 15, 2008

Kuala Lumpur bandar impianku.......

www.iLuvislam.com
dihantar oleh : Musliman Moden




****


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya.

Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train

"Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... Maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.














"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?" Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas....Lega...

Dahaga dan lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum.Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.

"Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?"

"Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makruf yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya boleh dapatkan hiburan?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.

Seram sejuk tubuhnya.

"Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. "Apa nak jadi ni?Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

"Eh ...Ni suara orang mengaji."
"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema....

Cintaku berlabuh di persada rahmat
Mumendamba kasih yang tidak berhujung
Mengutip sayang di hamparan cinta suci
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
Stanza hati merindu Ilahi!

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini tidak boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" kata pembantunya.

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.

"Maaf Datuk. Begitulah keutusannya" jawab pembntu itu.

Datuk Dr. Johar seakan tidak percaya. Digosok-gosok lagi matanya.

Read More......

Saman dengan DBKL....

Hari pertama minggu kedua...seperti biasa ,kelas yang bermula petang membuatkan saya berasa bosan di pagi hari. Saya mengambil keputusan untuk membayar bil telefon, bil internet dan menghantar dokumen akak saya di bangunan MARA.

Singgah di pejabat Pos, mengambil nombor dahulu. BEza nombor saya dengan angka giliran sekarang begitu lama. Saya mengambil keputusan untuk menghantar terlebih dahulu dokumen ke bangunan MARA.

Hanya 5 minit saya parking di situ, dah sampai surat 'putih'. Baru pertama kali....tak tentu arah dibuatnya.Saya berpusing-pusing mencari Bank Islam untuk meng 'cash'kan sejumlah wang.Akibat tidak jumpa,saya terpaksa patah balik ke Pejabat Pos.

kecewa teramat sangat, apabila angka giliran saya telas terlepas......ape boleh buat...sabar je la...

Read More......

Sunday, July 13, 2008

Sepetang bersama Pejuang-pejuang..........

Baru sahaja pulang dari meeting, terus saya lihat sekumpulan sedang bersiap untuk masuk ke padang. Beriadah bersama-sama. Saya dapat lihat saudara farha, ajis, wan, tasnim dan ramai lagi. "wah, jarang nampak mereka bersukan."inilah masanya untuk saya merapatkan ukhuwah dengan mereka semua. namun, si 'dia' tidak kelihatan. Sempat juga saya mengembangkan skil-skil saya. Boleh tahan juga corak permainan mereka.Walaupun lengkap menutup aurat,namun mereka tetap lincah.

Biarlah apa yang berlaku pada meeting tadi. Wajah saya yang ceria bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Ahh, sudah lepas....maafkanlah...tak baik menyimpan terlalu lama....tapi, memang sukar untuk saya melupakan tragedi itu.

Maghrib hampir tiba...Wassalam

Read More......

Ada Pape kEr ????hehehhe

Sekali lagi saya mendapat maklumat yang mengatakan saya ada menjalinkan 'hubungan' dengan seseorang. Ingin sekali lagi saya tegaskan...saya tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan pun dengan sesiapa yang banyak pihak kemukakan. Itu adalah satu gosip liar semata, dan amat tidak benar. Saya mohon sahabat-sahabat saya supaya tidak percaya kepada gosip liar ini......

Read More......

Kes 1 Selesai.....

Akhirnya kes ini yang saya rasa tidak mahu mengambil berat akhirnya kes inilah yang pertama saya selesaikan. Agak lama juga untuk diselesaikan. Pelbagai hujah telah saya nyatakan.Pada awalnya, memang..kes ini amat berat....tapi disebabkan diasak bertubi-tubi, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikannya segera. Alhamdulillah, kenyataan telah diambil dan bagi saya, keterangan oleh 'tertuduh' itu cukup bermakna..namun, satu kelemahan saya, golongan yang mengkhianati saya , amat sukar untuk saya ambil semula sebagai seorang yang saya percayai..

tak mengapalah....sekurang-kurangnya keterangan telah diambil....

Read More......

Friday, July 11, 2008

Bukti terbaru....

Alhamdulillah, akhirnya bukti tentang 1 kes penyiasatan saya yang saya buat tersendiri telah semakin bertambah buktinya. Dalam tempoh sebulan lebih, saya telah berjaya mengumpul hampir 5 bukti yang amat kukuh. Melalui modus operandi yang hanya berbekalkan kamera, handset, mata dan telinga..ternyata bukti yang saya perolehi tersebut semakin kukuh. Jelas dan nyata, dan tidak dapat disangkal lagi.

Samada ia melibatkan 1 atau 2 pihak serentak, itu persoalan lain. yang penting,saya membuat satu rumusan. tak semua orang sempurna dan kita haruslah tidak hanya pandai berkata-kata. Jika katakan tidak, tunjukkan bahawa anda amat tidak terlibat . tetapi berdasarkan bukti yang diperolehi, satu kebenaran akan terbongkar jua. Bila ?? itu bukan persoalannya...

Sampai bila mahu menafikannya ???Erm... Biarlah...Ini sekaligus menambahkan ketidakpercayaan saya terhadap golongan sedemikian.bukan tidak percaya, namun bukti itu seolah-olah menyangkal sama sekali segala keterangan yang diberikan.

Tidak hairanlah jika syiar yang ingin ditegakkan gagal. Saya sendiri mengakui kelemahan diri sendiri. Laungan azan telah berkumandang,terpaksa sekali lagi mengundurkan diri................

Read More......

Ceramah ataupun Meeting ??!!!

hari ini saya lihat di internet terdapat satu sesi ceramah khas berdekatan dengan rumah saya.Namun, ketika saya baru sahaja pulang dari Lab, satu pesanan ringkas SMS tiba. " Semua Pengarah program,ada meeting tergempar malam ini.. ". Ah, dilema sungguh. Namun , atas beberapa faktor, saya telah menekadkan pendirian saya untuk tidak pergi ke meeting tersebut sebaliknya berkunjung ke kawasan ceramah itu.

Saya dapat bertemu dengan YB saya, YB Hj Saari Sungib.Sementara menunggu ceramah bermula, saya mendapat 2 pesanan ringkas dari individu yang berlainan yang bertanya tentang ketidak hadiran saya di meeting tersebut."Boikot", ringkas, tetapi bagi saya itulah mesej yang terbaik buat saya sampaikan kepada mereka. Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap saya ???Peduli apa. Agenda saya bukan di sini.kekecewaan saya terhadap persatuan yang saya sertai ini makin memuncak.Siapa yang tak kecewa jika rata-rata di pihak kita sendiri terdapat permasalahan yang tak selesai-selesai.

Malah, apa jadinya kepada rakan saya yang tidak dapat tinggal bersama kami ? Yang dipaksa menetap di kolej lain sedangkan di sini masih terdapat kosong. Diskriminasi, konspirasi atau satu usaha ketidakpuas hatian ???

Jangan ingat apabila anda mempunyai ramai 'serikandi' yang berjuang atas nama agama, namun harus diingat, kegagalan barisan kami adalah disebabkan kelemahan barisan anda.apa salah kami ?? Satu ketidak adilan telah berlaku. Kenapa ????!!!!


Keadaan sekarang pastinya membuatkan ramai yan tidak senang duduk dengan keadaan sekarang.

Read More......

Thursday, July 10, 2008

Tekanan.........

Program tinggal beberapa minggu lagi. Kewangan program, masih kosong. sudah banyak syarikat telah pihak AJK saya hubungi, namun semuanya menolak.Sedih juga. Pihak atasan terus mendesak saya untuk tetap mengadakan program lain sebagai ganti kepada program asal.Walaupun pada hakikatnya mereka tidak mendesak, tetapi bagi saya tekanan yang dikenakan terhadap saya cukup tinggi. Harapan yang menggunung dari pihak majlis tertinggi dan AJK lain membuatkan saya merasakan menghadapi tugas yang berat.
malah, cadangan baru juga sedikit berlainan dengan jiwa dan pemikiran saya.Saya bukanlah jenis insan yang amat meminati bidang animasi dan kartun. Malah, tidak sampai 10 kali saya membaca komik Gempak mahupun Kreko.

Terlalu banyak prosedur yang hendak diuruskan membuatkan saya sedikit lemah semangat.Maklumlah, baru tahun 2 ...masih baru dalam bidang pengurusan program ini. walaupun di sekolah menengah dulu telah mempunyai beberapa kali pengalaman, namun program di sekolah dahulu merupakan aktiviti keagamaan. So, mudah sedikit untuk saya menguruskannya kerna menepati dengan cita rasa saya.

Keadaan persekitaran dulu dan sekarang lain. Jika ramai orang, mudahlah untuk menganjurkan sesuatu program. Namun, dengan hanya berbekalkan seratus lebih je, saya tak mampu dan tak berani untuk menjangka sesuatu yang lebih dari ini. Semua pihak harus sedar realiti ini-golongan penduduk kediaman kolej telah berkurang.Malah,kami dianggap sebagai terlalu mengikut emosi jika membantah sesuatu perkara dari pihak meReka.

Saya amat berharap program itu nanti mampu berjalan dengan lancar walaupun saya akui memang mempunyai beberapa masalah.

Read More......

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim
Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT
Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.

Read More......

Monday, July 7, 2008

Saya Seorang Mahasiswa Atau ????!!!!

mahasiswa ???? satu 'gelaran' yang cukup terkenal dan dikaitkan dengan AUKU.tapi saya tak mahu membicarakan mengenainya.

Ramai yang pelik, saya bagaikan terlalu aktif dengan isu-isu politik sebenarnya, dan bukan isu-isu mahasiswa yang dibangkitkan oleh banyak kumpulan dan gerakan mahasiswa sendiri. Malah, umi juga mengatakan result saya jatuh pada sem ini akibat bergiat aktif 'berkempen' untuk satu pihak.

malah, rakan-rakan sekuliah juga telah melabelkan saya sebagai golongan ataupun pendokong kepada PR.Tidak saya nafikan, ini mungkin pengaruh persekitaran tempat tinggal saya.dengan terpacaknya bulan berlatarbelakangkan hijau di rumah jiran saya, pastinya menguatkan lagi hujah mereka.

Tidak cukup dengan itu, apa-apa maklumat mengenai ceramah, demonstrasi, akan ditujukan kepada saya terus menerus.

Tidak mengapalah, kerna saya tahu setiap perbuatan saya itu. apakah salah untuk menghadiri ceramah-ceramah seperti itu ?? kerna bagi saya, mereka lagi mudah untuk ditemu. jarang pihak kerajaan kini ( insyaAllah akan bertukar ) mengadakan ceramah berhampiran kawasan saya.Jadi, adakah salah untuk saya mendengar ceramah dan pidato mereka ?? ini lah peluang untuk kita mendengar hujah dari pihak yang sering dikatakan bermasalah.

Kita perlulah mendengar dari kedua-dua pihak. Dan buatlah penilaian sebaliknya. Jangan terlalu taksub dengan hanya satu bahan bacaan sahaja.Sebagai contoh, jangan hanya membaca akhbar-akhbar yang berqiblatkan kerajaan sahaja sebaliknya kita perlulah mengambil jalan tengah dan penyelesaiannya . Mahal ?? alasan semata. Internet kan ada...........

Soal saya aktif atau tidak, itu adalah soal kedua. Yang penting ialah kita sendiri haruslah bijak menilai....

Read More......

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak

Mohd Rashidi Hassan
Sun | Jul 06, 08 | 7:15:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau.

----------------------------------------------------------------------------

Read More......

Kesetiaan Saya Usah dipertikaikan..........

Alhamdulillah, akhirnya hampir kesemua sahabat saya telah pun mendaftarkan diri di kolej. Tak kira di kolej mana pun, yang penting semuanya dah dapat tempat. Pastinya, keadaan di sem baru, dalam tahun ke 2 ni, pastinya keadaan pasti lebih mencabar. Pastiya, keadaan dulu akan mengajar kite erti penat lelah dan pahit manis perjuangan.

Baru baru ini saya telah mendapat banyak kiriman SMS yang mengingatkan saya tentang kesetiaan terhadap prinsip perjuangan.Pelbagai madah bicara dikirimkan. Ada berbaur ketabahan, kesedihan dan banyak lagi. Di sini saya tekankan, bahawa usah bimbang mengenai kesetiaan saya terhadap perjuangan itu kerna saya akan terus berjuang. Cuma satu perkara yang membimbangkan saya ialah apabila suara kami, amat sukar untuk dilaungkan. Di pandang enteng, katanya berbaur emosi semata. Ingatlah, saya hanya mahu pucuk pimpinan persatuan persatuan yang saya sertai tidak menjadi seperti persatuan persatuan lain. Kecewa ?? sedikit, namun itu adalah perkara biasa sebenarnya. Tak perlu diperbesarkan.

Ingat, segala 'penentangan' saya tidak ada niat untuk mengikut ideologi sendiri.Semoga satu hari nanti persatuan tersebut akan lebih berjaya lagi.
InsyaAllah...

Read More......

Friday, July 4, 2008

kenape Sampai begini....

Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan


UALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.

ImageLebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.

Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat.

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan Imagepelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.

"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut berada di hospital setelah mendapat berita pemergian Aina Mardhiah.

"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini," ujar Lutfi kesal.- tajdid _



p/s: inilah karenah birokrasi...jika benar tahanan bersalah, xpelah..tapi dalam kes emergency pon nak bwat karenah..payah r,..

Read More......

Dakwaan liwat: Mufti Perlis minta Anwar, Saiful bersumpah

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini kali kedua berhadapan dengan isu dakwaan meliwat dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya ‘mubahalah’ (bersumpah).

“Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru,” kata beliau dalam Kuliah Hadith lewat malam semalam di Masjid Alwi, Kangar Perlis.

(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau www.drmaza.com).

Asri menjelaskan: “Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.

Di sebalik isu berkenaan, Asri berkata, beliau kecewa kerana politik tanah air kini menjurus ke arah tindakan mengaibkan satu sama lain.

“Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang,” katanya lagi.

Tambah Asri, beliau tidak berhasrat membela sesiapa dalam isu liwat tersebut.

“Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah,” katanya.

“Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain.

“Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai’nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya.

“Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini… ‘Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya’ dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi… saya tidak melakukannya,” katanya.

Selepas bersumpah, kata Asri, kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut.

“Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah,” kata Asri.

Kata Asri, politik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia.

“Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik’,” ujar beliau.

Katanya, tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, “Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik”.

Beliau turut merujuk pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi.

“Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani…,” katanya.

Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,”Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua…”

Katanya lagi, ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan.

“Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah.”

Kata Asri, mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati.






ps:- Pandangan seorang Ulama @ mufti harus diambil....
ayuh pihak kerajaan, ambillah pendapat golongan ulama',
mereka lebih arif...

Read More......